Matematik? Apa yang kebanyakan kita faham bila sebut perkataan ini? Apa pula pandangan anak-anak tentang matematik?
Selalunya, kita akan lihat matematik sebagai satu subjek yang diajar di sekolah dan ianya adalah subjek teras dalam peperiksaan utama.
Ada di antara anak-anak akan faham matematik sebagai subjek yang perlu mengira dan agak susah kerana perlu memerah otak menyelesaikannya. Di sebabkan cara berfikir sebegini, ada di antara anak-anak tidak suka dan 'takut' dengan matematik.
Hal ini selalunya disebabkan 'salah asuh' dari rumah yang mana mengasingkan matematik ini dari kehidupan harian anak-anak.
Perkara sebegini harus diperbaiki dan ibu bapa antara orang yang penting untuk menerapkan konsep sebenar matematik dalam kehidupan anak-anak kerana sesungguhnya matematik ini adalah sebahagian dari kehidupan rutin harian kita.
Berikut adalah beberapa tips untuk ibu bapa mengubah persepsi matematik di kalangan anak-anak sehingga mereka minat matematik dan mula seronok ingin menerokanya.
1- Matematik berkait rapat dengan duit.
2- Matematik membantu menyelesaikan masalah harian
3- Matematik dapat disesuaikan dengan permainan yang digemari anak
4- Matematik dapat mencabar minda dan mengukur kemampuan anak-anak berfikir
5- Berkomunikasi menggunakan perkataan yang sinonim dalam bahasa matematik
Matematik dapat membantu anak-anak membuat perancangan hidup dengan lebih sistematik, berfikiran lebih rasional dan kritis serta mampu menyelesaikan masalah-masalah harian dengan lebih bijaksana.
Moga, dengan beberapa tips yang diberikan dapat membantu ibubapa membiasakan anak dengan matematik. Selepas ini, anak-anak tidak lagi risau dan takut dengan matematik kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan biasa mereka.
Anak anda ada masalah asas darab dan bahagi matematik? Satu ebook khas panduan ibubapa bakal saya keluarkan untuk bantu anak mudah belajar matematik dan suka matematik. Nantikan update terikini kami sedikit masa lagi..