Assalamualaikum dan Hai! Terima kasih kerana singgah ke blog SkorMath.
Seperti yang kita maklum, situasi pendemik masa kini menyebabkan pembelajaran anak-anak sedikit terganggu dan agak tidak menentu. Sekali lagi, sekolah ditutup dan memulakan sesi pembelajaran dari rumah (home base learning).
Bagi memastikan anak terus mengikuti pembelajaran dari rumah, ibubapa perlu ambil peranan untuk sebaik mungkin dapat menyediakan kemudahan dan mencipta suasana belajar di rumah.
Agak mencabar, terutama bagi ibubapa bekerja dan juga kepada mereka yang mempunyai anak ramai untuk menguruskan hal pembelajaran anak di rumah. Namun, kita tiada pilihan, harus berbuat sesuatu bagi memastikan kelangsungan pembelajaran anak agar tidak ketinggalan dan tenggelam.
Pada masa situasi yang mencabar pada masa ini, ibu ayah kena bertindak bijak dan sentiasa mencari solusi yang terbaik serta bertindak segera.
Bagi ibubapa yang sibuk, dan tiada masa yang banyak untuk menjadi guru kepada anak-anak, tuisyen online merupakan salah satu penyelesaian yang boleh dipertimbangkan. Serahkan sahaja anak- anak kepada cikgu atau tutor yang mempunyai kepakaran khusus dalam subjek-subjek tertentu.
Misalnya, subjek matematik sekolah rendah, tanpa pendedahan dari awal dari guru berpengalaman, anak-anak sukar untuk menguasai asas matematik. Jika dibiarkan, anak-anak akan terus keliru dan tidak faham serta menjadi semakin rumit untuk memahami dan belajar topik-topik seterusnya.
Jika dibiarkan, anak-anak tidak lagi dapat skor math mereka dengan baik. Yang lebih membimbangkan jika berterusan, ada anak-anak semakin tidak suka matematik dan melabelkan math itu payah.
Kesannya, math yang merupakan antara subjek teras utama, tidak lagi dapat dikuasai anak dengan baik dan sudah tentu akan merencatkan prestasi kecemerlangan mereka kelak. Padahnya, anak akan sukar untuk mendapat tempat ke universiti malah turut memberi kesan kepada kelayakan mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu.
Oleh itu, Tanganilah dengan segera masalah anak sejak dari awal. Untuk memantapkan penguasaan matematik anak-anak tahun 4, 5 dan 6 2021, Skormath ada menyediakan kelas-kelas online khas bermodul. Sebagai ujicuba, Kelas Online Percuma (KOP 1) kini mula dibuka untuk penyertaan anda.
Sila join group khas untuk maklumat terkini kelas-kelas KOP 1 kami di pautan ini: https://bit.ly/slotmathpercuma
Moga dengan cara ini, ianya antara solusi yang dapat membantu anak anda menguasai matematik secara lebih sistematik dan praktis melalui kelas-kelas zoom yang dikelolakan oleh Madam Rahimah.
0 ulasan:
Catat Ulasan