Info dan perkongsian serta rujukan ibubapa dan anak-anak menguasai matematik sekolah rendah dan UPSR

Baca seterusnya..

5 Tips Pupuk Minat Matematik Anak

Panduan Ibu Bapa
Baca seterusnya..

Bakal dilancarkan!

Teknik Mudah Anak Kuasai Darab Bahagi
Baca seterusnya..

5 Tips Pupuk Minat Matematik Anak

Panduan Ibu Bapa
Baca seterusnya..

Bakal dilancarkan!

Teknik Mudah Anak Kuasai Darab Bahagi

11/11/2020

Kelas Online Percuma Zoom Math Tahap 2 - KOP1 Tahun 4, 5, 6 Kini dibuka penyertaan

 Assalamualaikum dan Hai! Terima kasih kerana singgah ke blog SkorMath.


Seperti yang kita maklum, situasi pendemik masa kini menyebabkan pembelajaran anak-anak sedikit terganggu dan agak tidak menentu. Sekali lagi, sekolah ditutup dan memulakan sesi pembelajaran dari rumah (home base learning).


Bagi memastikan anak terus mengikuti pembelajaran dari rumah, ibubapa perlu ambil peranan untuk sebaik mungkin dapat menyediakan kemudahan dan mencipta suasana belajar di rumah.


Agak mencabar, terutama bagi ibubapa bekerja dan juga kepada mereka yang mempunyai anak ramai untuk menguruskan hal pembelajaran anak di rumah. Namun, kita tiada pilihan, harus berbuat sesuatu bagi memastikan kelangsungan pembelajaran anak agar tidak ketinggalan dan tenggelam.


Pada masa situasi yang mencabar pada masa ini, ibu ayah kena bertindak bijak dan sentiasa mencari solusi yang terbaik serta bertindak segera.


Bagi ibubapa yang sibuk, dan tiada masa yang banyak untuk menjadi guru kepada anak-anak, tuisyen online merupakan salah satu penyelesaian yang boleh dipertimbangkan. Serahkan sahaja anak- anak kepada cikgu atau tutor yang mempunyai kepakaran khusus dalam subjek-subjek tertentu.


Misalnya, subjek matematik sekolah rendah, tanpa pendedahan dari awal dari guru berpengalaman, anak-anak sukar untuk menguasai asas matematik. Jika dibiarkan, anak-anak akan terus keliru dan tidak faham serta menjadi semakin rumit untuk memahami dan belajar topik-topik seterusnya.


Jika dibiarkan, anak-anak tidak lagi dapat skor math mereka dengan baik. Yang lebih membimbangkan jika berterusan, ada anak-anak semakin tidak suka matematik dan melabelkan math itu payah.


Kesannya, math yang merupakan antara subjek teras utama, tidak lagi dapat dikuasai anak dengan baik dan sudah tentu akan merencatkan prestasi kecemerlangan mereka kelak. Padahnya, anak akan sukar untuk mendapat tempat ke universiti malah turut memberi kesan kepada kelayakan mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu.


Oleh itu, Tanganilah dengan segera masalah anak sejak dari awal. Untuk memantapkan penguasaan matematik anak-anak tahun 4, 5 dan 6 2021, Skormath ada menyediakan kelas-kelas online khas bermodul. Sebagai ujicuba, Kelas Online Percuma (KOP 1) kini mula dibuka untuk penyertaan anda.



Sila join group khas untuk maklumat terkini kelas-kelas KOP 1 kami di pautan ini: https://bit.ly/slotmathpercuma



Moga dengan cara ini, ianya antara solusi yang dapat membantu anak anda menguasai matematik secara lebih sistematik dan praktis melalui kelas-kelas zoom yang dikelolakan oleh Madam Rahimah.

Read More

10/22/2020

Selamat Datang ke Saluran Youtube Madam Math, Cikgu Rahimah HT

Read More

10/14/2020

Lima Tips Ibu Bapa Boleh Lakukan Bagi Memumupuk Minat Anak Terhadap Matematik Dari Awal Usia





Matematik? Apa yang kebanyakan kita faham bila sebut perkataan ini? Apa pula pandangan anak-anak tentang matematik?

Selalunya, kita akan lihat matematik sebagai satu subjek yang diajar di sekolah dan ianya adalah subjek teras dalam peperiksaan utama.

Ada di antara anak-anak akan faham matematik sebagai subjek yang perlu mengira dan agak susah kerana perlu memerah otak menyelesaikannya. Di sebabkan cara berfikir sebegini, ada di antara anak-anak tidak suka dan 'takut' dengan matematik.

Hal ini selalunya disebabkan 'salah asuh' dari rumah yang mana mengasingkan matematik ini dari kehidupan harian anak-anak.

Perkara sebegini harus diperbaiki dan ibu bapa antara orang yang penting untuk menerapkan konsep sebenar matematik dalam kehidupan anak-anak kerana sesungguhnya matematik ini adalah sebahagian dari kehidupan rutin harian kita.

Berikut adalah beberapa tips untuk ibu bapa mengubah persepsi matematik di kalangan anak-anak sehingga mereka minat matematik dan mula seronok ingin menerokanya.

1- Matematik berkait rapat dengan duit.

2- Matematik membantu menyelesaikan masalah harian

3- Matematik dapat disesuaikan dengan permainan yang digemari anak

4- Matematik dapat mencabar minda dan mengukur kemampuan anak-anak berfikir

5- Berkomunikasi menggunakan perkataan yang sinonim dalam bahasa matematik


Matematik dapat membantu anak-anak membuat perancangan hidup dengan lebih sistematik, berfikiran lebih rasional dan kritis serta mampu menyelesaikan masalah-masalah harian dengan lebih bijaksana.

Moga, dengan beberapa tips yang diberikan dapat membantu ibubapa membiasakan anak dengan matematik.  Selepas ini, anak-anak tidak lagi risau dan takut dengan matematik kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan biasa mereka.

Anak anda ada masalah asas darab dan bahagi matematik? Satu ebook khas panduan ibubapa bakal saya keluarkan untuk bantu anak mudah belajar matematik dan suka matematik. Nantikan update terikini kami sedikit masa lagi..
Read More

Facebook RSS Feed Email

About Me

Foto saya
Assalamulaikum. Hi! Madam seorang home tutor dari Kemaman, Terengganu. Subjek fokus madam ialah Matematik UPSR. Selain mengajar dalam 'small group', madam juga kendalikan kelas online dan juga kelas 'personal 1 to 1 coaching". Sila hubungi secara whatsApp ke nombor ni: 013-2294841 untuk sebarang pertanyaan berkaitan kelas matematik. Terima kasih.

Popular Posts

Blog Archive

Kelas Online Percuma Zoom Math Tahap 2 - KOP1 Tahun 4, 5, 6 Kini dibuka penyertaan

 Assalamualaikum dan Hai! Terima kasih kerana singgah ke blog SkorMath. Seperti yang kita maklum, situasi pendemik masa kini menyebabkan pem...

Sahabat Blog Skormath

Pelawat Kami

Blog Skormath - Skor Matematik Sekolah Rendah

Search This Blog

Dikendalikan oleh SkorMathUPSR | Copyright © Blog SkorMath - Panduan Matematik Sekolah Rendah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com